Rabu, 5 Ogos 2009

TUTORAN FARMAKOLOGI

Liputan tajuk yang diuji dalam Tutoran 1 ialah:
  1. Pengenalan Farmakologi
  2. Administrasi
  3. Serapan
  4. Sebaran

Sangat sukar untuk memahami subjek ini kerana terlalu banyak terma sains perubatan digunakan. Semasa syarahan disampaikan, banyak nota yang tidak sempat untuk disalin lantaran kesukaran untuk memahami apa yang disyarahkan. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah membaca dan cuba memahaminya setakat yang termampu.

Sesuatu yang tidak kujanka telah berlaku. Apabila markah Tutoran 1 diumumkan dan dibincangkan, skor yang aku perolehi ialah 9/10. Hanya tiga orang sahaja yang mencapai skor tersebut iaitu aku, Langgoseng dan Wong Fui Fun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan