Khamis, 30 Julai 2009

PERJALANAN KE PANTAI TIMUR HARI PERTAMA

30 Julai 2009, Khamis........Perjalanan ke Pantai Timur bermula pada jam 5.45 petang dari USIM Pandan Indah. Semua pelajar SPADA 2009/2010 menyertainya kecuali Haslinda Hussin yang mengidap demam. Perjalanan ini diiringi oleh Cik Fadhila dan Ustaz Khairi. Kami tiba di Gambang pada jam 10.15 malam pada malam ini kami bermalam di Pusat Matrikulasi Gambang, Pahang.











MAJLIS PERPISAHAN DR JAMES

Khamis, 30 Julai 2009 - Hari ini Majlis Perpisahan Prof Dr James berlangsung di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Beliau akan kembali ke Boston, USA pada 1 Ogos 2009.

En Abd Halim b Mohd Hussin....Ucapan perpisahan

Prof Dr. James.....

Cenderamata buat Prof Dr. James F. Schozelli


Aku dan Khusairi sedang membuat persiapan untuk majlis tersebut




Rabu, 29 Julai 2009

........SEJAK ZAMAN SEKOLAH RENDAH.....

Bagaikan tidak mahu mempercayainya.....sejak di bangku sekolah rendah aku mengalami "sindrom tertidur" ketika proses Pengajaran dan Pemelajaran. Keadaan nitu berterusan sehingga aku berada di universiti, bekerja dan sehingga kini......Puas aku cuba menahan dan mencari penawar namun masih begitu juga. Akhirnya aku akur dan bersyukur walau dalam keadaan itu aku masih mampu teruskan pengajian dan belum pernah gagal dalam akademik mahupun kerjaya.

Selasa, 28 Julai 2009

MIMPI SEMALAM

Bagaikan siri mimpiku selama hayat ini, perasaan risau dan bimbang takut tak lulus periksa seakan benar-benar terjadi. Tetapi aku tidak mahu terjerat dalam perangkap mimpi-mimpi lalu. Hakikatnya Allah memerintahkan kita supaya berusaha membebaskan diri dari belengu kesengsaraan. Kita akan dapat apa yang kita usahakan, insya Allah.


Kepada teman-teman seperjuangan, marilah kita berganding bahu membuktikan usaha supaya tujuan kita berada di sini tidak tersasar dan menyimpang. Bantu membantu ke arah kebaikan adalah suatu tuntutan.

Isnin, 27 Julai 2009

LAWATAN KE KAMPUS INDUK, USIM NILAI

Ucapan alu-aluan Tuan Presiden.....

Profesor Madya Dr Saedah Abd Ghani (Tudung Merah) - Pensyarah Pakar Kaunseling Keluarga..........Puan Yati, setiausaha

Naib Presiden.....Mohd Hafiz Yusoff


Asyik mendengar taklimat tentang USIM, Nilai....


Tiga Mahasitua....Nida, Nita dan Yati

USIM, Nilai - Isnin, 27 Julai 2009

Para pelajar SPADA 2009/2010 mengadakan lawatan ke Kampus Induk USIM di Nilai. Tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat dengan lebih dekat lokasi dan susun atur fakulti di kampus induk. Selain itu, para pelajar SPADA dibawa meninjau Bilik Kaunseling Keluarga, Bilik Kaunseling Kanak-kanak, Makmal Kaunseling Individu dan segala kemudahan termasuk Bilik Pemantauan. Makmal dan bilik kaunseling yang terdapat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM adalah yang terbaik di Asia.

Ahad, 26 Julai 2009

KETUA PROGRAM SPADA, USIM




Seraut wajah yang sentiasa menampakkan kesungguhan dalam apa juga urusan. Segala usaha membuahkan hasil, buktinya SPADA dan adanya kami di SPADA, USIM Kampus Pandan Indah. Keyakinan diri begitu menyerlah dapat dilihat dari intonasi suara. Ketinggian ilmunya terpamer dari tutur bicara. Begitulah Encik Abd Halim Mohd Hussin, Ketua Program SPADA.




Pada satu sudut dalam pejabat beliau, terdapat sebuah gitar dan gambus ....Lambang jiwa seni

ALONG CUTI BERMALAM DI RUMAH




Hujung minggu ni memang sibuk. Ada banyak tugasan dan laporan yang perlu disiapkan. Namun demi along, aku sanggup korbankan masa, tenaga dan wang supaya along sentiasa mendapat perhatian dan bimbingan yang terbaik.


Pada 24 Julai yang lalu, aku ke Muadzam Shah untuk mengambil along dan membawanya pulang ke Batu Pahat. Lebih kurang pukul 9 pagi aku bertolak dari Pandan Indah dan tiba di Muadzam pada pukul 3 petang...perjalanan termasuk sesat jalan dan berhenti untuk Solat Jumaat. Kami tiba di Batu Pahat pada jam 6.30 petang.
Alang-alang balik kampung, aku ambil kesempatan untuk menservis kereta. Banyak yang nak diselenggara....Selain minyak hitam, brek tayarpun kena tukar sekali. Banyaklah juga modalnya.....




KELAS PROF DR JAMES

Saudara Mohd Hafiz b Yusoff menjadi klien sukarela dalam sesi
diagnosis oleh Profesor Dr James

Profesor Dr James merupakan seorang pensyarah yang berasal dari Amarika Syarikat. Pengajaran beliau memang sangat menarik kerana kami sering terhibur dengan gelagat beliau dan gelagat para pelajar ketika proses pengajaran dan pemelajaran sedang berjalan. Walaupun agak sukar memahami 'telo' profesor mat saleh ini namun itu semua tidak menghalang kami untuk terus belajar dan memahami apa yang diajar.Pada minggu hadapan khidmat Profesor Dr James di USIM berakhir. Satu majlis perpisahan akan dianjurkan oleh pihak USIM dan para pelajar SPADA turut dijemput untuk hadir sama dalam majlis tersebut.


Rabu, 22 Julai 2009

Kajian Tinjauan

Tarikh:
21 Julai 2009
Tempat:
SK Taman Muda, Ampang Jaya
Masa:
2.00 petang
Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah.
Guru PSV memainkan peranan di sekolah ini.

Aku abadikan gambar di pondok ini.....Stesen Pendidikan Pencegahan Dadah.

Mendengar penerangan daripada GPK HEM

GPK HEM...Puan Zainab binti Ismail

Kajian tinjauan ini adalah tugasan di bawah Kursus Isu-isu Penyalahgunaan Dadah yang diajar oleh Encik Abdul Halim b Mohd Hussin, Ketua Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau perlaksanaan program pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah di Malaysia.

Selasa, 21 Julai 2009

DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Milik siapakah anak kecil ini?

Inilah ayahnya......Ahmad Khazani

Ibunya juga ada di sini....Asmawati


Seusia empat tahun anak kecil ini telah berjaya menjejakkan kaki ke Dewan Kuliah, SPADA, Universiti Sains Islam Malaysia walaupun bukan sebagai pelajar. Semua ini terjadi kerana ibu dan ayahnya berjuang menuntut ilmu dalam Program Diploma Lepasan Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah di Universiti Sains Islam Malaysia. Fokus di sini ialah gambaran awal kepada anak kecil ini tentang budaya ilmu yang menjadi tuntutan dalam Islam. Ilmu itu wajib dituntut bermula dari lahir hinggalah ke saat hembusan nafas terakhir. Usaha menuntut ilmu dikira ibadah dan jika ditakdirkan mati ketika menuntut ilmu, kematiannya tidak sia-sia dan dikira syahid.


Sabtu, 18 Julai 2009

HIKMAH PADA SETIAP UJIAN ALLAH

Malam tadi, (17 Julai 2009, 9.45 malam) tayar motor saya bocor depan dan belakang sehingga memaksa saya menolak motor tu jauh daripada Puduraya ke Menara Bandaraya. Oleh kerana terlalu letih dan tak berdaya nak sorong motor tu, maka saya tinggalkan motor tu di Menara Bandaraya setelah memaklumkan kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas.

Hari ini, (18 Julai 2009, 1.00 petang) saya ke Menara Bandaraya untuk menguruskan motor saya tu. Di sepanjang perjalanan dari Rel Cempaka hingga ke Rel Bandaraya saya memikirkan bagaimana cara nak selesaikan masalah ini. Antara jalan penyelesaian yang mampu saya fikir ialah sorong motor tu ke Chow Kit Road (Fuh!!!! jauh tu) atau saya cuba cari bengkel motorsikal dan meminta bantuan dari sana.
Setibanya di Rel Bandaraya saya terus menuju ke tempat motor saya tinggalkan semalam. Syukur, motor tu masih ada di situ. Tiba-tiba saya terfikir untuk bertanya kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas di Kaunter Menara Bandaraya. Pengawal di situ ada dua orang dan salah seorang terus menelefon seseorang. Dalam 10 minit kemudian muncul seseorang berbangsa India mahu membantu lengkap dengan peralatan menukar tiup tayar motor. Tanpa banyak bicara saya bersetuju untuk mendapatkan khidmatnya dengan bayaran RM 30.00 untuk menukar dua tiup tayar.
Selesai, saya terus menunggang motor saya pulang ke Pandan Indah dengan perasaan lega.

Jumaat, 17 Julai 2009

COBAAN!!!!!....BENER-BENER DICOBA
Pada 17 Julai 2009 (Jumaat) jam 4.30 ptg aku menerima pannggilan telefon dari seorang rakan. Beliau mananyakan aku tentang pertemuan, cadangannya pada malamnya jam 9.00 malam kami akan bertemu di Puduraya. Aku bersetuju dengan cadangan itu. Selepas Solat Maghrib anggaran jam delapan malam aku menunggang motor kapcai menuju Puduraya. 40 minit kemudia sampailah aku di Puduraya setelah mengharungi simpangsiurnya laluan kota raya yang aku memang tak biasa. Aku 'parking' motor kapcai aku di medan 'parking' motosikal Puduraya. Tepat jam 9.00 malam aku 'call' kawan aku dan menerima jawapan bahawa dia terpaksa balik ke Seremban segera kerana anaknya 'accident'. Kami tak dapat bertemu pada kali ini. Tanpa membuang masa aku start motor aku dan 'blah dari situ, malangnya kedua-dua tayar depan dan belakang sudah bocor. Aku tolak motor aku pelan-pelan sampai ke Menara Bandaraya....aku kepenatan. Aku tinggalkan motor di situ dan teruskan perjalanan pulang ke Pandan Indah menaiki komuter.
HOUSEMATE @ COURSEMATE
Aku tengah makan malam kat Five Star Restaurant......

Mohamad Khusairi b Saidin....tenang namun peramah

Mohd Hafiz b Yusoff...yakin dan bertenaga

Ahmad Nasrudin b Hassan....Penglipur lara

Pertemuan kami bermula semasa pendaftaran Program SPADA, USIM pada 9 Julai 2009 yang lalu. Keramahan kami mempercepatkan proses kemesraan dan kepercayaan antara kami. Kini kami merupakan coursemate dan juga housemate.


Isnin, 13 Julai 2009

RONDA-RONDA DI KOTA RAYA
Jangan diperdulikan
Jika sesat diperjalanan
Tenggelam dalam simpang siurnya jalan di kota metropolitan
Jangan hilang kawalan
Tika mengemudi perasaan
Yang diherotkan oleh situasi
Jangan mahu terperdaya
Pada sementara
Kerana ada kepastian menanti di penghujung jalan
Cuma harus bersabar dan tabah
Lalui likuan jalan
Agar tidak terus buntu
Dimakan keliru.

Sabtu, 11 Julai 2009

SUATU KETIKA

Beginilah aku
Pada suatu ketika
Mendidik anak bangsa
Dengan setia
Dulu, kini dan selamanya
Bagai suatu ketika dulu
Beginilah aku

Khamis, 9 Julai 2009

PENDAFTARAN PELAJAR BARU
(SPADA)
Tarikh:
9 Julai 2009
Masa:
9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat:
Universiti Sains Islam Malaysia, Pandan Indah
Catatan Perjalanan:
3.45 pagi
Aku menerima sms daripada Hj Anuar menyatakan beliau tidak dapat mendaftar kerana ada masalah peribadi dan meminta aku pergi bersendirian. Dengan perasaan berat aku menggagahkan diri untuk bangkit dari tidur dan terus mandi.
4.30 pagi
Aku mula memandu keretaku perlahan-lahan keluar dari Pekan Tongkang Pechah. Walaupun mengantuk namun kugagahi jua meneruskan pemanduanku demi menuju destinasi yang telah kurancang.
6.00 pagi
Aku berhenti di Air Keroh untuk menunaikan Solat Subuh.
7.40 pagi
Berhenti sekali lagi, kali ini di hentian UPM kerana mataku seakan tak mampu untuk celik. Lena aku di sana sehingga jam 8.15 pagi. Perjalanan kuteruskan dan dalam 8.30 pagi aku tiba di Persiaran MPAJ. Malangnya aku tidak dapat menemui bangunan USIM hingga memaksa aku bertanya kepada sesiapa sahaja, tidak juga ada yang tahu. Akhirnya aku menelefon pejabat USIM, rupa-rupanya aku sudah berada bersebelahan dengan bangunan USIM.
9.00 pagi
Tepat masa, aku tiba di Tingkat 13A, Menara B iaitu tempat pendaftaran (SPADA). Pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi. Pada jam 10.30 taklimat dimulakan. Majlis berhenti rehat pada jam 12.00 th dan bersambung pada jam 2.oo ptg. Majlis berakhir pada jam 4.00 ptg.
PENDAFTARAN SEBAGAI PELAJAR BARU USIM
(PROGRAM SPADA)

Pengenalan
Masalah alkohol dan dadah adalah masalah khusus dan memerlukan kepakaran yang khusus juga. Ia memerlukan program yang dibentuk khas dalam bidang pengurusan, pendidikan pencegahan, dan juga pemulihan. Dengan adanya program khas sebegini diharapkan akan lahir kumpulan yang mahir dan pakar yang dapat memberikan impak yang kukuh kepada pengurusan, pendidikan, pencegahan dan khidmat pemulihan.
Dalam menangani permasalahan ini, USIM mengorak langkah menawarkan program bertaraf Diploma Siswazah yang bermatlamat untuk melahirkan kumpulan pakar di kalangan kaunselor/personalia dalam bidang pengurusan, pendidikan, pencegahan, pemulihan dan rawatan dalam alkohol dan dadah di negara ini.

Objektif Program
Melahirkan pakar yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan, pencegahan, pengurusan dan pemulihan dadah.
Melahirkan pakar yang mahir dalam menguruskan permasalahan dadah.
Melahirkan pakar yang mahir dalam bidang pencegahan dadah.
Melahirkan pakar yang mahir dalam bidang pemulihan dadah.
Tempoh Pengajian
9 bulan sepenuh masa. Kursus dijalankan dalam tiga penggal dan setiap penggal kuliah memakan masa 10 minggu. Pelajar akan mengikuti program internship dalam setiap penggal. Pengambilan kumpulan pertama adalah dalam bulan Mac 2005.

Tempat
Universiti Sains Islam Malaysia , Menara B, Persiaran MPAJ, Pandan Indah, Kuala Lumpur .
Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah

Selasa, 7 Julai 2009

WAJAH-WAJAH CERIA YANG BAKAL KURINDUI
Cg Mohsin....jiran setaman
Cg Nizam....Teman paling akrab 'sepemancingan'

Cg Azmi...Teman gurau senda paling menghiburkan

Tuan Hj Rashid.....Tenang dan banyak buah fikiran


Cg Mohd Bahri...GPK Ko yang sentiasa 'happy'
Ustaz Rosli....Ustaz Hadhari

Cg Sulaiman....Penglipurlara

Pertemuan ini
Walau hanya sesingkat mimpi
Begitu bererti
Pertemuan ini
Mengajar aku erti persahabatan
Erti perhubungan
Hingga aku seakan lupa pada penderitaan
Terima kasih!!!!!



TERIMA KASIH ATAS PENGHARGAAN
Bukti ketulusan hati para sahabat seperjuangan....Walau kehadiranku umpama sebabak mimpi cuma, namun ianya sungguh bermakna.

Sumber inspirasi...Disampingmu aku rasa dihargai

Bakal menggalas amanah yang pernah diamanahkan kepadaku....



MESYUARAT TINGKAP (MAJLIS PERPISAHAN)
Tarikh:
7 Julai 2009
Masa:
2.30 - 4.00 petang
Tempat:
Crystal Inn, Batu Pahat
Kehadiran:
Puan Mahani binti Muhid
Encik Mohamad bin Ismail
Encik Mohd Bahri bin Yahya
Encik kamisan bin Salleh
Encik Mohd Hasrol bin Baharum
Encik Khairul bin Khalid
Encik Musa bin Kassim
Encik Mohd Sukri bin Idris
Ustaz Rosli bin Ishak
Puan Hjh Fadzilah binti Omar
Puan Sohaya binti Jaafar
Puan Norhapizah binti Md Jamil
Puan Siti Zaleha binti Borhani
Cik Anisah binti Sabtu
Aku (Yang diraikan)





Kenangan bersama kalian akan tetap kukenang dan kuabadikan dalam blog ini.




Isnin, 6 Julai 2009

7 Julai 2009:
Hari terakhir aku bertugas di SMK Munshi Sulaiman sebelum aku belajar di Universiti Sains Islam Malaysia, USIM dalam Program Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah. Agak rasa sayu juga kerana walaupun usia perkhidmatan aku di sekolah ini baru menjangkau 19 bulan, namun hubungan antara guru di sekolah sangat-sangat baik dan mesra. Mungkinkah aka akan mendapat kawan-kawan baru yang semesra ini di tempat lain nanti?

Apapun aku perlu teruskan perjalanan hidup ini sehingga ke penghujung nyawa. Apa juga watak dan skrip yang ditentukan untukku olehNya akan cuba aku bawakan sebaik mungkin. Semoga perjalanan ini bakal menempuh sesuatu yang diredhaiNya. Semoga kawan-kawan yang ditinggalkan sentiasa beroleh kebahagiaan dalam hidup.

Sabtu, 4 Julai 2009

SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.


Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:


1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.


2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.


3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”


4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.


5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).


6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.


7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.


8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.


9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.


11. Buta hati akan lupa zikrullah.


12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.


sumber (http://jiwajuang.blogspot.com/2007/03/kata-kata-hikmah-orang-orang-soleh.html)
Opiat


Pengenalan


Bahan perubatan untuk menidur/ melegakan kesakitan.
Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan.



MORFIN- White powder- White stuff- Morfin mentah- Base morfin- Pil morfin


CARA PENGAMBILAN
Dicairkan, Disuntik kedalam pembuluh darah dengan jarum suntikan.


TANDA PENGAMBILAN
Pergerakan tidak seimbang, tindakbalas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair, mual/muntah, hilang selera makan

Khamis, 2 Julai 2009


INSAN ITU

Insan…..
Terlupa dan dilupai
telah kembali
Ke desa kelahiran
Terasa getir dan menyakitkan
Sedih dan memilukan
Menghadapi insan-insan kecil
Bagai tiada hala tujuan…..

Insan….
Di sini
Tanah kelahiranku….
Dan di sini jugalah aku berpisah dengan masa lalu
Aku terasing…..
Dalam luka ada harapan, rindu……
Merindui masa lalu…..
Insan…
Kini dan selamanya…..
Aku bangkit sedar menuju satu harapan yang optimis
bahawa…..
hari ini bukan semalam…
esok pasti mendatang…
Aku kembali bangkit menyusun langkah
Insan….
Aku mengorak langkah…
Membantu yang tiada, memimpin yang lemah,
Aku pasti, itu adalah perjuangan….
Sementara jiwa dan raga masih ada.
Akan ku taburkan sepenuhnya kepada nusa dan bangsa

Perpisahan

Puan…..
Kelmarin kita bersua manja,
Gelak tawa mengiringi semalam...
Dan... hari ini menjadi saksi...
Kita terpaksa berpisah.

Teguran menjadi ingatan,
Nasihatmu teguh di hati,
Kini...
kenangan semalam terus mengusik mimpi...

Duhai pencetus semangatku….
Jika ada dendam yang terpendam....
Luahkanlah...
Jika ada benci yang menyelubungi diri...
Elakkanlah...
Jika ada kasih dan sayang...
Taburkanlah bagai sinar mentari.

Perpisahan ini mengajar kita
Erti... kehidupan yang sebenar,
Memupuk erti kesabaran,
Menyemai kekuatan dalam diri,
Itulah yang terpaksa kita hadapi.

Puan...
Doa perpisahan ini...
Agar kau tabah menhadapi liku-liku hidup,
Perpisahan bukan kerana dendam,
Bukan kerana benci...
Tetapi... kerana masa...

Duhai sang angin...
Khabarkanlah melalui sang bayu,
Bahawa...
Dia adalah ketua yang paling...
Aku kasihi...
Kenangan semalam kuabadikan selamanya...
(Dedikasi Buat Puan Lim Suan Bee)