Khamis, 6 Ogos 2009

PT FOUNDATION

Khamis, 6 Ogos 2009 - Kajian Tinjauan di PT Foundation, Kuala Lumpur.



PT Foundation (sebelum ini dikenali sebagai Pink Triangle Sdn Bhd) merupakan suatu organisasi yang berteraskan masyarakat dan bukan berteraskan keuntungan. Organisasi ini menjalankan kerja-kerja sukarela dalam Program Pendidikan HIV/AIDS, Program Sokongan, Program Kesedaran Seksual dan program-program berkaitan untuk golongan berisiko HIV/AIDS di Malaysia. Organisasi ini terlibat dengan lima golongan berisiko iaitu pengguna dadah, pekerja seks, transeksual, lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki (MSM), dan mereka yang hidup dengan HIV / AIDS (PLWHA).


Organisasi ini komited untuk mewujudkan satu persekitaran supaya golongan berisiko tersebut tidak terpinggir, rasa selamat dan berupaya untuk menjaga diri sendiri. Antara objektif PT Foundation ialah:
  1. Untuk membantu meminimumkan kadar jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan golongan berisiko

  2. Untuk membantu dalam penjagaan dan sokongan serta meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang menghidapi HIV/AIDS

  3. Untuk membantu mengurangkan diskriminasi masyarakat terhadap golongan ini yang diakibatkan oleh kejahilan dan kekurangan maklumat mengenai HIV/AIDS




Encik Manis dan Encik Clayton Koh menyampaikan ceramah berkaitan HIV / AIDS



Rakan-rakan Pelajar SPADA....Sentiasa bersemangat menuntut ilmu tanpa kenal penat dan jemu



Tuan Langgoseng Kaiman, Ustaz Alias dan Tuan Nasrudin....


Tuan Khusairi, Tuan Loh dan Tuan Malik.......



Satu pengabadian....Bagaikan sering bersama, biarpun sebenarnya sesekali cuma



Tiada ulasan:

Catat Ulasan