Ahad, 2 Ogos 2009

GEHA BODHI CARE CENTRE

Papan tanda di luar pagar.....

Perkongsian pengalaman oleh penghuni Geha Bodhi

Taklimat berkenaan Geha Bodhi Care Centre oleh Puan Cheong Chooi Fun

Kenangan bersama para sahabat seperjuangan

Meena dan Vanaja....Sentiasa 'cool'

Jumaat, 31 Julai 2009 - Para Pelajar SPADA, USIM telah menjalankan Kajian Tinjauan di Geha Bodhi Care Centre, Gambang, Pahang. Ketibaan rombongan kami telah disambut oleh Pengasas Geha Bodhi Care Centre iaitu Encik Lam Chai Cheong, isteri beliau serta para penghuni yang pada ketika itu seramai 7 orang.

Geha Bodhi Care Centre ialah Pusat Rawatan Penagih Dadah yang menggunakan Pendekatan Agama Budha dalam merawat penagih dadah dan alkhohol. Puan Cheong Chooi Fun menyatakan bahawa 80 peratus daripada penagih yang dirawat di pusat tersebut berjaya dipulihkan sepenuhnya. Menurut beliau faktor kepulihan sangat berkait rapat dengan penghayatan dan amalan Agama Budha yang menekankan kepada 5 prinsip Pancasila iaitu:

1. Larangan membunuh
2. Larangan Mencuri
3. Larangan berzina
4. Larangan berbohong
5. Larangan memakan makanan yang memabukkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan