Jumaat, 21 Ogos 2009

HARI PERTAMA RAMADHAN 1430 HIJRAH

Kaki bengkak...sukar untuk berjalan....sangat menyakitkan dengan denyutan yang tak terhingga

Hari ini merupakan hari pertama Umat Islam di seluruh Malaysia menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan. Pada malam tadi, di surau-surau dan di masjid-masjid dipenuhi oleh ramai orang yang menunaikan solat sunat Taraweh. Memang rasa rugi yang teramat sangat jika terlepas peluang untuk menunaikan Solat Taraweh. Dalam keadaan kaki yang bengkak, aku gagahkan diri menuruni anak-anak tangga Flat Pandan Indah daripada tingkat empat untuk ke surau berhampiran. Biarpun hanya mampu menunaikan Solat Taraweh sambil duduk, aku tetap bersyukur kepadaNya kerana berpeluang untuk menunaikan amalan yang sangat dituntut di sepanjang Ramadhan itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan