Selasa, 4 Ogos 2009

BAITUL TAUBAH

Ahad, 2 Ogos 2009 - Lawatan Ilmiah seterusnya ialah di Baitul Taubah (Pondok Islah Diri), Pasir Puteh, Kelantan.

Baitul Taubah merujuk kepada kaedah berdasarkan Al Quran dan hadith sebagai sumber falsafah dan pendekatan untuk memulihkan seseorang penagih dadah. Pemulihan secara Islam ini mengaplikasikan satu kurikulum yang dilaksanakan secara tetap dan intensif yang diwajibkan ke atas anak bina.

Objektif rawatan:
  1. Meningkatkan kesejahteraan, kesihatan dan mutu kehidupan pengguna dadah
  2. Mengurangkan kemusnahan dan kematian akibat penyalahgunaan dadah
  3. Menyediakan kaunseling, penempatan kerja dan aktiviti kemasyarakatan
  4. Melahirkan insan yang mempunyai tahap kesedaran, ketabahan dan keinsafan yang tinggi
  5. Meningkatkan tahap keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT
Aku mendengar taklimat tentang Baitul Taubah daripada Ustaz Khairuddin

Ustaz Muhammad Khairi....Ucapan alu-aluan

Ustaz Nadzri dan Ustaz Khairuddin (Ahli Jawatankuasa Baitul Taubah)

Anak bina di Baitul Taubah

Salah seorang Anak Bina berkongsi pengalaman dengan berkeyakinan disulami dengan mafhum Al Quran dan Hadith sebagai penguat bicara

Para peserta lawatan sedang khusyuk mendengar

Salah satu aktiviti ekonomi di Baitul Taubah

Aktiviti menjana ekonomi melalui ternakan kambing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan