Rabu, 19 Ogos 2009

KEMBALI KEPADA REALITI

Sebagai insan biasa aku juga punyai suatu mimpi. Garapan mimpi-mimpi itu menjelmakan banyak imaginasi. Apa yang telah terjadi pada rangkuman imaginasi yang terlukis di cermin hati? Tidak siapa tahu dan boleh menjelaskannya kecuali aku. Terlalu lama terperap dalam lingkungan imaginasi membuatkan jiwa ini lemas. Namun untuk bangkit mengharungi realiti adalah perjuangan yang sangat perit dan menyakitkan. Benarkah aku bertopeng di alam realiti menyembunyikan apa yang terlukis pada dinding-dinding imaginasi? Ah...memang payah untuk mengakuinya....Nampak pada zahir aku mengukir senyum. Hakikatnya aku sembunyikan segala rasa keperitan di sebalik topeng-topeng. Atau aku perlu khabarkan pada semua lalu pamerkan wajah dukalara.....Atau bagaimana? Dapatkah aku berdiri dalam realiti dan telanjangi wajah dari topeng-topeng seri?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan