Rabu, 25 Ogos 2010

PERTUKARAN SEMENTARA KE KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

Pada 16 Ogos 2010 (Isnin) aku mulai melapor diri untuk bertugas di Kolej Matrikulasi Johor sebagai Pegawai Kaunseling Terbuka. Jawatan ini hanya jawatan pinjam sehingga 15 Ogos 2012.

Isnin, 10 Mei 2010

MENGIMBAU KENANGAN LALU


Ketika 'First Year' Diploma Pertanian di Kampus Bintulu, Sarawak. Di mana Angie agaknya...?


Jalud, aku, Angie dan......tak ingat nama sorang lagi tu......



Dulu orang panggil aku hensem boy...sekarang aku dah boroi


Sesekali terkenang masa lalu.....indahnya waktu itu


Andai dapat kuundur waktu......

Rabu, 21 April 2010

MAJLIS GRADUASI SPADA 2009/2010


Pada 29 Mac 2010, Isnin - Majlis Graduasi SPADA 2009/2010 telah diadakan di ALSON KLANA, Nilai. Majlis ini bertujuan meraikan tamatnya Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah bagi pelajar sesi 2009/2010. Sebelum itu, pada siang harinya para pelajar telah bertungkus lumus dalam Pembentangan Kajian Kes yang telah dilaksanakan semasa mereka menjalani Program Internship 3.


En. Abdul Halim Mohd Hussin memainkan guitar untuk mengiringi Prof Madya Dr Saedah Ghani membuat persembahan.

Aku turut menyumbang sebuah lagu

Ucapan alu-aluan selaku Tok Penghulu


Maznita sebagai pengacara pada majlis tersebut

Isnin, 12 April 2010

Study Tour To Beijing

Bergambar kenangan berlatarkan Stadium Sarang Burung, stadium yang dibina bersempena dengan Sukan Olimpik Beijing.


Pada 31 Mac 2010 hingga 5 April 2010 satu Lawatan Sambil Belajar telah dijalankan oleh Pelajar SPADA USIM ke Beijing, China. Lawatan meliputi Pusat Rawatan dan Pemulihan Dadah dan Universiti di Beijing. Ketua Rombongan ialah Dr Rashdan dan diiringi oleh Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani. Lawatan ini melibatkan 19 orang pelajar SPADA, 2 orang pensyarah pengiring dan 3 orang staf.



Bergambar kenangan bersama Warga Beijing, China


Antara Warga Beijing yang peramah


Dapat dilihat dengan jelas Stadium Sarang Burung di belakang sana


Bersama Loh Chow Woei (Anggota Polis) dan Dr Rashdan di Tembok Besar China


Ahad, 7 Mac 2010

Kelong dan Ikan

Ketagih pancing...pantang ada masa cuti pasti pergi ke sungai atau laut. Begitulah aku.......





Ikan Gemang


Perjalanan ke kelong menaiki bot


Jeti di muara sungai....


Pemandangan di atas kelong

Rabu, 3 Mac 2010

DUA HARI DI KOTA BHARU

Cuti sempena Sambutan Tahun Baru Cina kami manfaatkan dengan bertemu anak-anak. Perjalanan jauh dari Selatan ke Pantai Timur tidak menjadi halangan. Apa yang lebih penting ialah dapat bertemu dan bermesra dengan anak-anak.




Anak-anak keletihan selepas ronda-ronda di Rantau Panjang



Ahli keluarga dah semakin ramai......


Semasa dalam perjalanan, kabus tebal di Bukit Besi, Terengganu



Minikmati hidangan selera Pantai Timur

Selasa, 9 Februari 2010

INTERNSHIP III: PROGRAM KOMUNITI

Pada 4 Februari 2010, Khamis satu program komuniti melibatkan kes pengawasan Pusat Khidmat AADK Batu Pahat telah dijalankan. Program tersebut telah dijalankan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat AADK itu sendiri.








Selasa, 26 Januari 2010

TOLONG AKU TOLONG!!!!!

Internship III sudah memasuki minggu kedua tetapi aku masih terkial-kial bagaimana hendak merekod perkhidmatan yang telah dijalankan. Format Laporan mana perlu digunakan kerana semuanya atau masing-masing mempunyai pertindanan. Tiada masalah untuk mendapatkan klien cuma masalahnya......Tolong aku tolong!!!!!!!!

Isnin, 25 Januari 2010

INTERNSHIP III

Internship III bermula pada 19 Januari 2010 sehingga 26 Mac 2010 di Agensi Anti Dadah Daerah Batu Pahat. Pada hari pertama, selepas melapor diri aku terus diberi tanggungjawab untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah Batu Pahat yang dijalankan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Batu Pahat. Selepas itu aku diperkenalkan dengan pegawai dan staf sokongan di pejabat pentadbiran AADK Batu Pahat sebelum di bawa ke Pusat Khitmat AADK di mana tempat aku menjalani Internship III.

Rabu, 20 Januari 2010

INSAN DAN ALAM

Aku hanyalah seorang insan yang mahu terus menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Alam semulajadi merupakan satu anugerah untuk manusia mentadbirnya selaku khalifah. Terlalu banyak ciptaan Tuhan untuk dihitung. Tidak termampu membilangnya satu persatu. Cuma yang aku tahu kebanyakan tempat yang ada air, adalah hidupan di dalamnya termasuklah ikan dan labi-labi. Pada hari Ahad 17 Januari 2010 yang lalu aku melepaskan kerinduan terhadap aktiviti memancing yang banyak memberi sumber inspirasi kepadaku selama ini.


Begitu indahnya alam.......
Isteri turut menemani....


Tak ketinggalan...anak juga meminati aktiviti ini



Selasa, 19 Januari 2010

Hari-Hari Terakhir Di SPADA Pandan Indah

Pada 14 Januari 2010 (Khamis) merupakan hari terakhir Final Exam SPADA penggal kedua Sesi 2009/2010. Hari berikutnya diadakan program taklimat internship III.
Mulai 19 Januari 2010 Internship III bermula di Pusat Internship masing-masing.




Linda Nur....Makan bersopan

Cik Yati....Ada phone baru

Maznita dan Wong....Senyum ada makna tu...hehe


Zunita bersopan...Loh kat belakang tu menungkan apa




Ahad, 10 Januari 2010

MAJLIS BERCUKUR

Majlis bercukur anak saudara di Batu Kikir, Negeri Sembilan.




Jumaat, 8 Januari 2010

KERETA ROSAK SEHARI SEBELUM PERSANDINGAN

29 Disember 2009, Sabtu - Ujian Allah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keretaku rosak dalam perjalanan pulang ke kampung halaman bersama rombongan keluarga isteriku. Hikmahnya ialah dapat kukenali dengan lebih rapat ahli keluarga sebelah isteriku yang sabar dan setia mengiringi keretaku yang rosak sehingga berjaya dibaiki di bengkel kereta di Cheng, Melaka. Perjalanan dari Seremban bermula jam 1.30 petang tiba di Parit Sulong pada jam 10 malam......


Duduk di tengah adalah ibu mertuaku.....

Keretaku yang mengalami kerosakan alternator


Abang iparku...Ambong

Senyuman mereka melegakan kerisauanku tentang kerosakan kereta tu....