Khamis, 9 Julai 2009

PENDAFTARAN PELAJAR BARU
(SPADA)
Tarikh:
9 Julai 2009
Masa:
9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat:
Universiti Sains Islam Malaysia, Pandan Indah
Catatan Perjalanan:
3.45 pagi
Aku menerima sms daripada Hj Anuar menyatakan beliau tidak dapat mendaftar kerana ada masalah peribadi dan meminta aku pergi bersendirian. Dengan perasaan berat aku menggagahkan diri untuk bangkit dari tidur dan terus mandi.
4.30 pagi
Aku mula memandu keretaku perlahan-lahan keluar dari Pekan Tongkang Pechah. Walaupun mengantuk namun kugagahi jua meneruskan pemanduanku demi menuju destinasi yang telah kurancang.
6.00 pagi
Aku berhenti di Air Keroh untuk menunaikan Solat Subuh.
7.40 pagi
Berhenti sekali lagi, kali ini di hentian UPM kerana mataku seakan tak mampu untuk celik. Lena aku di sana sehingga jam 8.15 pagi. Perjalanan kuteruskan dan dalam 8.30 pagi aku tiba di Persiaran MPAJ. Malangnya aku tidak dapat menemui bangunan USIM hingga memaksa aku bertanya kepada sesiapa sahaja, tidak juga ada yang tahu. Akhirnya aku menelefon pejabat USIM, rupa-rupanya aku sudah berada bersebelahan dengan bangunan USIM.
9.00 pagi
Tepat masa, aku tiba di Tingkat 13A, Menara B iaitu tempat pendaftaran (SPADA). Pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi. Pada jam 10.30 taklimat dimulakan. Majlis berhenti rehat pada jam 12.00 th dan bersambung pada jam 2.oo ptg. Majlis berakhir pada jam 4.00 ptg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan