Sabtu, 18 Julai 2009

HIKMAH PADA SETIAP UJIAN ALLAH

Malam tadi, (17 Julai 2009, 9.45 malam) tayar motor saya bocor depan dan belakang sehingga memaksa saya menolak motor tu jauh daripada Puduraya ke Menara Bandaraya. Oleh kerana terlalu letih dan tak berdaya nak sorong motor tu, maka saya tinggalkan motor tu di Menara Bandaraya setelah memaklumkan kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas.

Hari ini, (18 Julai 2009, 1.00 petang) saya ke Menara Bandaraya untuk menguruskan motor saya tu. Di sepanjang perjalanan dari Rel Cempaka hingga ke Rel Bandaraya saya memikirkan bagaimana cara nak selesaikan masalah ini. Antara jalan penyelesaian yang mampu saya fikir ialah sorong motor tu ke Chow Kit Road (Fuh!!!! jauh tu) atau saya cuba cari bengkel motorsikal dan meminta bantuan dari sana.
Setibanya di Rel Bandaraya saya terus menuju ke tempat motor saya tinggalkan semalam. Syukur, motor tu masih ada di situ. Tiba-tiba saya terfikir untuk bertanya kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas di Kaunter Menara Bandaraya. Pengawal di situ ada dua orang dan salah seorang terus menelefon seseorang. Dalam 10 minit kemudian muncul seseorang berbangsa India mahu membantu lengkap dengan peralatan menukar tiup tayar motor. Tanpa banyak bicara saya bersetuju untuk mendapatkan khidmatnya dengan bayaran RM 30.00 untuk menukar dua tiup tayar.
Selesai, saya terus menunggang motor saya pulang ke Pandan Indah dengan perasaan lega.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan