Isnin, 12 Oktober 2009

CATATAN PENTING DALAM DIARI HIDUPKU

Pada sepanjang Ramadhan yang lalu aku membuat satu keputusan penting dalam hidupku setelah memikirkannya dari pelbagai sudut. Hasilnya adalah tindakan-tindakan berikut:

  1. Membuat keputusan untuk memilih seseorang sebagai calon isteri (Restu Ibu Bapa dan Keluarga)
  2. 10 Oktober 2009 dan 11 Oktober 2009: menghadiri kursus pra perkahwinan
  3. 11 Oktober 2009: Ibu Bapa dan adik-adik berarak ke rumah calon isteri untuk meminang
    Pernikahan ditetapkan pada 28 November 2009. Pada masa yang sama majlis kenduri di rumah keluarga perempuan.
  4. Majlis di rumah keluarga lelaki ditetapkan pada 27 Disember 2009.

Aku bersyukur kepada Allah kerana kebanyakan perkara diuruskan oleh keluargaku dan juga keluarga sebelah perempuan. Aku hanya akur dan memberi persetujuan kerana aku memang tidak mempunyai waktu untuk urus semuanya. Maklumlah, jadual kulian dan tugasan di SPADA (Special Program For Alchohol Ang Drug Abuse) sangat ketat, hinggakan kadangkala terpaksa stay back di kelas hingga malam untuk siapkan asigment.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan