Ahad, 13 September 2009

KERETA DIPECAH, LAPTOP DIKEBAS

Ampang Jaya, Isnin (7 September 2009) - Kereta milik Ahmad Nasrudin bin Hassan (kawan saya) telah dipecah dan laptop yang terdapat di dalam kereta tersebut milik Mohd Hafiz Yusoff telah dikebas. Kejadian ini telah berlaku sekitar pukul 5.15 petang ketika Ahmad Nasrudin dan Mohd Hafiz membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan berhadapan dengan Balai Bomba Ampang Jaya. Mereka kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya.


Beginilah keadaan kereta yang dipecah pada bahagian cermin pintu belakang

Kawan-kawan turut melawat semasa Mohd Hafiz dan Ahmad Nasrudin membuat laporan polis

Kedadaan dalam kereta



Tiada ulasan:

Catat Ulasan