Pada hari Rabu, 21 Oktober 2009 lebih kurang jam 8.30 malam aku menerima panggilan telefon dari anakku. Tiada ucapan yang keluar dari mulutnya hanya ada suara esakan menahan perasaan pilu. Akhirnya aku memahami bahawa anakku ini sedang merinduiku. Aku juga menahan rasa sebak lalu aku berjanji akan melawatnya pada hari Jumaat berikutnya. Sebagaimana janjiku, aku dapat menemui mereka pada hari Jumaat. Pada petang itu kami ke Pantai Cahaya Bulan PCB dan anak-anak mandi di pantai. Jelas terpamer wajah keriangan kerana di samping dapat melepaskan perasaan rindu, mereka dapat menjalani aktiviti riadah seperti ini.
Pada malam harinya, kami menikmati makan malam bersama-sama di Medan Selera Kota Bharu. Pada keesokan harinya iaitu hari Sabtu, kami isi masa dengan bermain bowling bersama-sama di KB Mall.
Makanlah wahai anakku...esok kita akan berpisah lagi....
Biarpun letih, demi anak-anak rela ditempuhi
Muiz dan Haziq berlatih bermain bowling
Baling...jangan tak baling
Bola lebih besar dari tuan.....
Izzah juga tidak ketinggalan mengasah bakat....hehe
Beginilah kami bila bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan