Jika jarang berdoa, cuba angkat tangan ke langit untuk mengharapkan yang terbaik buat mereka. Jika sentiasa berdoa tetapi belum dimakbulkan, tingkatkan kekerapan berdoa kerana Allah pasti menduga dan mahu hamba-Nya terus meminta dengan penuh ketulusan.
# Pilih masa dan keadaan sesuai untuk berdoa. Seeloknya selepas solat dan berwuduk atau masa yang afdal untuk berdoa.
Berdoa boleh dilakukan bila-bila masa mengikut kesesuaian waktu dan tempat, asalkan memelihara adab yang sewajarnya.
# Mulakan dengan puji-pujian kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada keluarga termasuk diri sendiri, suami atau isteri, anak dan seumpamanya.
# Mohon doa kepada Allah dengan penuh keyakinan dan tawakal.
# Iringi doa dengan usaha positif untuk mencapai hasrat di hati.
# Belajar untuk sentiasa mensyukuri apa yang diperoleh dan reda dengan apa yang tidak dimiliki walaupun selepas berdoa. Setiap kejadian Allah pasti ada hikmahnya.
# Latih anak-anak berdoa untuk diri sendiri dan ahli keluarga, pada bila-bila masa dan di mana saja.
Sumber:
http://serikasih.blogspot.com/2009/08/bagaimana-mendoakan-kebahagiaan-anak.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan