Isnin, 31 Ogos 2009
AYAH SIBUK TAPI ADA MASA UNTUK ANAK-ANAK
TINJAUAN SKALA TAHAP KESEDARAN ISU DADAH DI STESEN JANAELEKTRIK SULTAN MAHMUD, KENYIR
Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamain adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986.
Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
- Empangan utamaTinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima.
- Takungan : luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.
- Tandop – 4 petak.
- Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
- Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
- Rumah janakuasa
- Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
- 4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120 MVA sebuah.
Khamis, 27 Ogos 2009
SKALA TAHAP KESEDARAN TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DI TEMPAT KERJA
Tiga orang Pelajar SPADA telah ke Kuala Berang, Hulu Terengganu bagi menjalankan Kaji Selidik Skala Tahap Kesedaran terhadap Penyalahgunaan Dadah di Tempat Kerja. Mohd Basiran Md Jamil, Zunita Deraman dan Maznita Mokhtar telah berkesempatan untuk menjalankan Kajian Tinjauan tersebut di Pejabat Daerah Kuala Berang, Pejabat Pertanian Kuala Berang, Institut Latihan Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai dan beberapa tempat yang lain
Ahad, 23 Ogos 2009
MENDOAKAN ANAK-ANAK
# Pilih masa dan keadaan sesuai untuk berdoa. Seeloknya selepas solat dan berwuduk atau masa yang afdal untuk berdoa.
Berdoa boleh dilakukan bila-bila masa mengikut kesesuaian waktu dan tempat, asalkan memelihara adab yang sewajarnya.
# Mulakan dengan puji-pujian kepada Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada keluarga termasuk diri sendiri, suami atau isteri, anak dan seumpamanya.
# Mohon doa kepada Allah dengan penuh keyakinan dan tawakal.
# Iringi doa dengan usaha positif untuk mencapai hasrat di hati.
# Belajar untuk sentiasa mensyukuri apa yang diperoleh dan reda dengan apa yang tidak dimiliki walaupun selepas berdoa. Setiap kejadian Allah pasti ada hikmahnya.
# Latih anak-anak berdoa untuk diri sendiri dan ahli keluarga, pada bila-bila masa dan di mana saja.
Sumber:
http://serikasih.blogspot.com/2009/08/bagaimana-mendoakan-kebahagiaan-anak.html
IKAN KUKUS
Bahan:
# Seekor ikan pilihan
# 1 sentimeter halia
# 3 ulas bawang putih ditumbuk
# 3 potong cendawan kering
# 3 hiris sayur masin
# Sos tiram secukup rasa
# Kicap cair secukup rasa
# Serbuk perasa secukup rasa
# Lada putih secukup rasa
Cara Memasak:
# Letak bahan berkenaan di atas ikan dan kukus hingga masak.
Sabtu, 22 Ogos 2009
AIR UBAT GOUT
Jika ada yang tidak dapat bayangkan banyak mana, tiga liter bersamaan dengan dua botol besar air mineral. Banyaknya! Perlukah minum sebanyak itu? Tidakkah nanti asyik berulang ke tandas untuk buang air kecil?
Sebenarnya memang itulah tujuannya — supaya air kencing pesakit sentiasa dalam keadaan cair. Kerap berulang ke tandas dianggap baik kerana ia menandakan lebih banyak garam dibuang daripada badan.
Gout adalah penyakit yang disebabkan pengumpulan asid urik dalam badan. Asid urik yang terbentuk dalam darah adalah hasil pemecahan pelbagai proses kimia.
Biasanya darah dibersihkan melalui proses penapisan di dalam buang pinggang dan asid urik kemudian dibuang melalui air kencing.
Bagaimanapun, badan pesakit gout tidak dapat menyingkir asid urik secukupnya dan parasnya di dalam darah meningkat. Asid ini mendap di sendi yang boleh menyebabkan keradangan akut pada sendi berkenaan. Keadaan ini dipanggil gout artritis akut.
Malah, individu yang ada penyakit buah pinggang juga mengalami masalah paras asid urik yang tinggi dalam darah. Ini sebabnya pesakit disuruh minum banyak air kerana lebih kerap mereka buang air kecil, bermakna lebih banyak asid urik dikeluarkan daripada badan.
Sebenarnya, gout adalah penyakit kuno yang diketahui dengan terperinci pada abad kelima Sebelum Masihi, tetapi hingga kini ia masih menjadi antara masalah besar di kalangan pesakit kerana menyebabkan kesakitan dan membataskan pergerakan seseorang.
Namun masih ramai tidak menganggapnya sebagai masalah besar berbanding penyakit lain, walaupun gout terbukti boleh menjejaskan kualiti dan tahap kesihatan seseorang, kata Perunding Reumatologi Hospital Putrajaya, Dr Heselynn Hussein.
Secara umumnya, satu peratus penduduk dunia menghidap gout; jumlah hampir sama dengan pesakit reumatoid artritis. Di Amerika Syarikat, jumlah pesakit gout berumur 65 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Meskipun tiada data rasmi insiden gout di Malaysia, senarionya mungkin tidak banyak berbeza kerana kebanyakan pesakit tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu diri sendiri. Ini kerana hampir 50 peratus pesakit gagal mengambil ubat mengikut jadual, terutama dalam tempoh enam bulan rawatan.
Gout antara bentuk artritis yang lazim menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan secara tiba-tiba pada sendi, terutama sendi yang besar. Biasanya serangan gout hanya membabitkan satu sendi pada satu-satu masa.
Biasanya asid urik (juga dipanggil garam urat) mendap di sendi ibu jari kaki, tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Walaupun gout dianggap penyakit keturunan, ramai pesakit tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit ini dan 90 peratus kes membabitkan pesakit lelaki. Kebanyakan pesakit gout mempunyai kadar asid urik tinggi dan keadaan ini dipanggil hiperurisemia.
Hiperurisemia berlaku apabila buah pinggang gagal menyingkir asid urik secukupnya atau jika badan menghasilkan terlalu banyak bahan ini. Kedua-dua masalah inilah yang selalunya diwarisi anak.
Serangan
Serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.
Serangan gout berlaku secara mengejut dan cepat; tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi yang terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa menambah kesakitan.
“Biasanya, serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku. Serangan boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.
“Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
“Jika tidak diberi rawatan dan penjagaan, serangan gout menjadi lebih kerap, lebih lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Serangan gout yang terlalu kerap adalah bahaya kerana boleh merosakkan sendi. Sama seperti kesan artritis lain, kerosakan sendi akibat gout tidak boleh dipulihkan dan menyebabkan seseorang pesakit menjadi cacat,” katanya pada pelancaran buku Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Gout anjuran Persatuan Reumatologi Malaysia dan Akademi Perubatan Malaysia.
Dulu gout dianggap penyakit orang kaya yang disebabkan pemakanan. Meskipun ia terbukti tidak benar, makanan dan minuman boleh menjadi pencetus serangan, terutama jika seseorang itu mengambil terlalu banyak minum minuman beralkohol dan mengambil makanan yang kaya kandungan purin.
Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti:
# Terlalu banyak minum minuman keras
# Terlalu banyak makan, terutama makanan yang kaya purin
# Kecederaan kecil pada sendi
# Tidak cukup minum air
# Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat
# Mengamalkan diet melampau
# Berpuasa (contohnya sebelum pembedahan)
Pengalaman setiap pesakit mungkin berbeza, tetapi gejala yang biasa dilaporkan ialah:
# Kesakitan secara tiba-tiba pada sendi yang selalunya membuatkan seseorang terjaga daripada tidur
# Sendi bengkak dan terasa panas
# Sendi menjadi merah dan nampak lebam
# Pembentukan ‘tophi’ iaitu bintil atau ketulan di bawah kulit dan berhampiran sendi yang berisi kristal asid urik. Bintil tophi ini biasanya muncul pada pesakit yang lama menghidap gout. Ia boleh muncul di siku, jari, buku lali atau cuping telinga. Pada sesetengah pesakit, asid urik berlebihan ini berkumpul di dalam buah pinggang dan membentuk batu karang yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang
Malah, gout pada pesakit yang berumur adalah berbeza dengan pesakit muda seperti:
# Gout pada pesakit berumur membabitkan banyak sendi
# Lebih banyak wanita berumur mengalami gout
# Gout berlaku pada sendi kecil pada pesakit tua
# Pesakit tua yang mendapat gout ketika umur muda lebih mudah mengalami bintil tophi
# Ada kaitan antara gout dengan ubat diuretik dan penyakit buah pinggang
Diagnosis gout
Perunding Reumatologi Hospital Pakar Al-Islam, Dr Mohd Shahdan Mohd Shahid, berkata gout boleh meniru gejala reumatoid artritis. Walaupun kebanyakan pesakit mengalami hiperurisemia, bukan semua orang yang tinggi kandungan asid urik dalam darah boleh dianggap menghidap gout.
Tanda paling jelas ialah serangan atau kesakitan sendi ibu jari kaki, tetapi pada masa sama doktor masih perlu menjalankan pemeriksaan lain untuk mengesahkannya.
Ini termasuk ukuran kandungan asid urik melalui ujian darah. Paras asid urik biasanya meningkat ketika serangan, tetapi sesetengah kes asid ini ada pada tahap normal. Kadangkala ujian cecair sendi perlu dilakukan untuk melihat kehadiran kristal asid urik.
Rawatan
Dr Mohd Shahdan berkata, gout mudah dikawal jika pesakit mematuhi program rawatan yang sesuai untuknya. Oleh kerana kebanyakan pesakit adalah golongan berumur, pesakit yang dirujukkan kepada pakar reumatologi biasanya juga menghidap penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sindrom metabolik dan sakit buah pinggang.
Kebanyakan rawatan ditumpukan kepada kawalan penyakit berkenaan dan mengabaikan masalah gout yang dihadapi. Akibatnya apabila gout menyerang, pesakit mungkin terpaksa dimasukkan ke hospital atau terlantar di rumah kerana tidak boleh berjalan.
Selain itu, masalah kegemukan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita, termasuk pesakit gout, hanya memburukkan keadaan. Pada masa sama, pesakit perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan penyakit dengan mengambil ubat mengikut arahan doktor.
Memang payah jika setiap hari perlu menelan pelbagai jenis ubat, tetapi inilah hakikat yang perlu diterima untuk menghalang serangan berulang.
Secara umumnya rawatan gout boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
a. Serangan akut
# Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID) biasanya diberi bagi mengawal kesakitan dan bengkak. Ia diberi untuk jangka pendek dan berkesan mengurangkan gejala dalam masa dua hari. Ia perlu diambil secepat mungkin sebaik mengalami serangan. Bagaimanapun, pesakit gout yang juga mempunyai penyakit lain seperti sakit jantung, ulser peptik, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang perlu memberitahu doktor mengenai penyakit mereka dan ubat lain yang diambil bagi mengelak masalah lain.
# Kolcisin juga boleh diberi kepada pesakit gout. Ia digunakan sejak 1,500 tahun lalu untuk merawat keradangan sendi akibat gout.
# Kortikosteroid. Biasanya diberi melalui suntikan ke dalam sendi yang alami kerangan untuk mengawal serangan akut.
Perlu diketahui, ubat yang disenaraikan di atas tidak mengubah paras asid urik pesakit. Ia hanya untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi tidak dapat menghalang pemendapan asid urik pada sendi.
Doktor mungkin memberi ubat seperti pil allupurinol bagi merendahkan tahap asid urik yang perlu diambil setiap hari sepanjang hayat; tidak kira walaupun anda tidak lagi mengalami serangan gout. Ini adalah ubat untuk mencegah pemendapan asid urik dan mengelak serangan.
b. Rawatan jangka panjang
Menurut Perunding Reumatologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Chow Sook Khuan, rawatan jangka panjang penting untuk menghentikan faktor yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Antara kaedah yang perlu dilakukan ialah:
# Mengawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik
# Elak minum minuman beralkohol secara berlebihan. Had dibenarkan ialah segelas wain sehari atau setin bir. Jika lebih, ia meningkatkan paras asid urik dalam darah
# Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali
# Kawal makan. Walaupun ada ubat yang berkesan, kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan. Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik (rujuk Jadual A). Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.
Pembedahan
Dr Chow berkata, pembedahan hanya dilakukan jika:
# Bintil tophi menjadi sangat teruk sehingga merosakkan sendi
# Tophi menyebabkan sendi terbabit hilang fungsi dan pesakit mengalami kesakitan teruk
# Tophi menyebabkan gejala tekanan seperti Sindrom Terowong Karpal (pada pergelangan tangan)
# Untuk tujuan kosmetik, contohnya di cuping telinga
“Memang ramai pesakit mahukan pembedahan untuk tujuan kosmetik. Malah, sesetengah pakar perubatan yang tidak faham mengenai penyakit ini mencadangkan pembedahan bagi membuang tophi. Bagaimanapun secara peribadi, saya tidak menggalakkan pembedahan bagi tujuan kosmetik kerana pembedahan tidak boleh membuang semua kristal pada sendi.
“Namun paling penting ialah luka pembedahan ini mengambil masa lama iaitu antara tiga hingga empat bulan untuk sembuh. Malah ada luka tidak bercantum dan kristal asid atau tophi berwarna keputihan seperti kapur tetap kelihatan selepas sembuh.
“Sekarang ada ubat boleh menghilangkan tophi, tetapi ia mengambil masa lama. Tophi sebesar bola pingpong mengambil masa empat tahun untuk hilang sepenuhnya, tetapi kesannya lebih baik berbanding pembedahan. Yang penting ialah pesakit perlu sabar menjalani rawatan,” katanya.
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Sumber:
http://serikasih.blogspot.com/2009/04/air-ubat-gout.html
Jumaat, 21 Ogos 2009
HARI PERTAMA RAMADHAN 1430 HIJRAH
Hari ini merupakan hari pertama Umat Islam di seluruh Malaysia menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan. Pada malam tadi, di surau-surau dan di masjid-masjid dipenuhi oleh ramai orang yang menunaikan solat sunat Taraweh. Memang rasa rugi yang teramat sangat jika terlepas peluang untuk menunaikan Solat Taraweh. Dalam keadaan kaki yang bengkak, aku gagahkan diri menuruni anak-anak tangga Flat Pandan Indah daripada tingkat empat untuk ke surau berhampiran. Biarpun hanya mampu menunaikan Solat Taraweh sambil duduk, aku tetap bersyukur kepadaNya kerana berpeluang untuk menunaikan amalan yang sangat dituntut di sepanjang Ramadhan itu.
Rabu, 19 Ogos 2009
KAJIAN LAPANGAN DI UTARA
KEMBALI KEPADA REALITI
Jumaat, 14 Ogos 2009
Khamis, 13 Ogos 2009
BERBUKA PUASA (PUASA SUNAT DI BULAN SYA'ABAN)
Air kelapa muda tu aku yang order........
Hafiz order Nasi Goreng Hadhara
Mee Hoon Tom Yam....Kegemaran Maznita
Zunita pula pilih nasi putih dengan Tom Yam Ayam.....
Tunggu waktu berbuka.......
#### MENGAPA ADA #####
Rabu, 12 Ogos 2009
House of Victory (Rumah Victory) is a non-profit organization, established with the purpose to provide community services especially in the area of drug eradication and rehabilitation.This welfare-based organization aspires to offer a new hope for a victorious life for those who are misguided and in need. Founded by Bro. Philip Mok in 1988, the following three major ministries have been established:
1. Drug Rehabilitation Centres,
2. Preventive & Training Centre for Youth in Kuala Lumpur, and
3. Old Folks Homes.
Khamis, 6 Ogos 2009
PT FOUNDATION
PT Foundation (sebelum ini dikenali sebagai Pink Triangle Sdn Bhd) merupakan suatu organisasi yang berteraskan masyarakat dan bukan berteraskan keuntungan. Organisasi ini menjalankan kerja-kerja sukarela dalam Program Pendidikan HIV/AIDS, Program Sokongan, Program Kesedaran Seksual dan program-program berkaitan untuk golongan berisiko HIV/AIDS di Malaysia. Organisasi ini terlibat dengan lima golongan berisiko iaitu pengguna dadah, pekerja seks, transeksual, lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki (MSM), dan mereka yang hidup dengan HIV / AIDS (PLWHA).
- Untuk membantu meminimumkan kadar jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan golongan berisiko
- Untuk membantu dalam penjagaan dan sokongan serta meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang menghidapi HIV/AIDS
- Untuk membantu mengurangkan diskriminasi masyarakat terhadap golongan ini yang diakibatkan oleh kejahilan dan kekurangan maklumat mengenai HIV/AIDS
Rabu, 5 Ogos 2009
TUTORAN FARMAKOLOGI
- Pengenalan Farmakologi
- Administrasi
- Serapan
- Sebaran
Sangat sukar untuk memahami subjek ini kerana terlalu banyak terma sains perubatan digunakan. Semasa syarahan disampaikan, banyak nota yang tidak sempat untuk disalin lantaran kesukaran untuk memahami apa yang disyarahkan. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah membaca dan cuba memahaminya setakat yang termampu.
Sesuatu yang tidak kujanka telah berlaku. Apabila markah Tutoran 1 diumumkan dan dibincangkan, skor yang aku perolehi ialah 9/10. Hanya tiga orang sahaja yang mencapai skor tersebut iaitu aku, Langgoseng dan Wong Fui Fun.
Selasa, 4 Ogos 2009
BAITUL TAUBAH
Baitul Taubah merujuk kepada kaedah berdasarkan Al Quran dan hadith sebagai sumber falsafah dan pendekatan untuk memulihkan seseorang penagih dadah. Pemulihan secara Islam ini mengaplikasikan satu kurikulum yang dilaksanakan secara tetap dan intensif yang diwajibkan ke atas anak bina.
Objektif rawatan:
- Meningkatkan kesejahteraan, kesihatan dan mutu kehidupan pengguna dadah
- Mengurangkan kemusnahan dan kematian akibat penyalahgunaan dadah
- Menyediakan kaunseling, penempatan kerja dan aktiviti kemasyarakatan
- Melahirkan insan yang mempunyai tahap kesedaran, ketabahan dan keinsafan yang tinggi
- Meningkatkan tahap keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT