Selasa, 26 Januari 2010
TOLONG AKU TOLONG!!!!!
Internship III sudah memasuki minggu kedua tetapi aku masih terkial-kial bagaimana hendak merekod perkhidmatan yang telah dijalankan. Format Laporan mana perlu digunakan kerana semuanya atau masing-masing mempunyai pertindanan. Tiada masalah untuk mendapatkan klien cuma masalahnya......Tolong aku tolong!!!!!!!!
Isnin, 25 Januari 2010
INTERNSHIP III
Internship III bermula pada 19 Januari 2010 sehingga 26 Mac 2010 di Agensi Anti Dadah Daerah Batu Pahat. Pada hari pertama, selepas melapor diri aku terus diberi tanggungjawab untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah Batu Pahat yang dijalankan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Batu Pahat. Selepas itu aku diperkenalkan dengan pegawai dan staf sokongan di pejabat pentadbiran AADK Batu Pahat sebelum di bawa ke Pusat Khitmat AADK di mana tempat aku menjalani Internship III.
Rabu, 20 Januari 2010
INSAN DAN ALAM
Aku hanyalah seorang insan yang mahu terus menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Alam semulajadi merupakan satu anugerah untuk manusia mentadbirnya selaku khalifah. Terlalu banyak ciptaan Tuhan untuk dihitung. Tidak termampu membilangnya satu persatu. Cuma yang aku tahu kebanyakan tempat yang ada air, adalah hidupan di dalamnya termasuklah ikan dan labi-labi. Pada hari Ahad 17 Januari 2010 yang lalu aku melepaskan kerinduan terhadap aktiviti memancing yang banyak memberi sumber inspirasi kepadaku selama ini.
Selasa, 19 Januari 2010
Hari-Hari Terakhir Di SPADA Pandan Indah
Pada 14 Januari 2010 (Khamis) merupakan hari terakhir Final Exam SPADA penggal kedua Sesi 2009/2010. Hari berikutnya diadakan program taklimat internship III.
Mulai 19 Januari 2010 Internship III bermula di Pusat Internship masing-masing.
Ahad, 10 Januari 2010
Jumaat, 8 Januari 2010
KERETA ROSAK SEHARI SEBELUM PERSANDINGAN
29 Disember 2009, Sabtu - Ujian Allah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keretaku rosak dalam perjalanan pulang ke kampung halaman bersama rombongan keluarga isteriku. Hikmahnya ialah dapat kukenali dengan lebih rapat ahli keluarga sebelah isteriku yang sabar dan setia mengiringi keretaku yang rosak sehingga berjaya dibaiki di bengkel kereta di Cheng, Melaka. Perjalanan dari Seremban bermula jam 1.30 petang tiba di Parit Sulong pada jam 10 malam......
Langgan:
Catatan (Atom)