Pada 16 Ogos 2010 (Isnin) aku mulai melapor diri untuk bertugas di Kolej Matrikulasi Johor sebagai Pegawai Kaunseling Terbuka. Jawatan ini hanya jawatan pinjam sehingga 15 Ogos 2012.
DAMAIKAN JIWA
Rabu, 25 Ogos 2010
PERTUKARAN SEMENTARA KE KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
Isnin, 10 Mei 2010
MENGIMBAU KENANGAN LALU
Rabu, 21 April 2010
MAJLIS GRADUASI SPADA 2009/2010
Pada 29 Mac 2010, Isnin - Majlis Graduasi SPADA 2009/2010 telah diadakan di ALSON KLANA, Nilai. Majlis ini bertujuan meraikan tamatnya Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah bagi pelajar sesi 2009/2010. Sebelum itu, pada siang harinya para pelajar telah bertungkus lumus dalam Pembentangan Kajian Kes yang telah dilaksanakan semasa mereka menjalani Program Internship 3.
Isnin, 12 April 2010
Study Tour To Beijing
Bergambar kenangan berlatarkan Stadium Sarang Burung, stadium yang dibina bersempena dengan Sukan Olimpik Beijing.
Pada 31 Mac 2010 hingga 5 April 2010 satu Lawatan Sambil Belajar telah dijalankan oleh Pelajar SPADA USIM ke Beijing, China. Lawatan meliputi Pusat Rawatan dan Pemulihan Dadah dan Universiti di Beijing. Ketua Rombongan ialah Dr Rashdan dan diiringi oleh Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani. Lawatan ini melibatkan 19 orang pelajar SPADA, 2 orang pensyarah pengiring dan 3 orang staf.
Ahad, 7 Mac 2010
Kelong dan Ikan
Ketagih pancing...pantang ada masa cuti pasti pergi ke sungai atau laut. Begitulah aku.......
Rabu, 3 Mac 2010
DUA HARI DI KOTA BHARU
Cuti sempena Sambutan Tahun Baru Cina kami manfaatkan dengan bertemu anak-anak. Perjalanan jauh dari Selatan ke Pantai Timur tidak menjadi halangan. Apa yang lebih penting ialah dapat bertemu dan bermesra dengan anak-anak.
Selasa, 9 Februari 2010
INTERNSHIP III: PROGRAM KOMUNITI
Pada 4 Februari 2010, Khamis satu program komuniti melibatkan kes pengawasan Pusat Khidmat AADK Batu Pahat telah dijalankan. Program tersebut telah dijalankan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat AADK itu sendiri.
Selasa, 26 Januari 2010
TOLONG AKU TOLONG!!!!!
Internship III sudah memasuki minggu kedua tetapi aku masih terkial-kial bagaimana hendak merekod perkhidmatan yang telah dijalankan. Format Laporan mana perlu digunakan kerana semuanya atau masing-masing mempunyai pertindanan. Tiada masalah untuk mendapatkan klien cuma masalahnya......Tolong aku tolong!!!!!!!!
Isnin, 25 Januari 2010
INTERNSHIP III
Internship III bermula pada 19 Januari 2010 sehingga 26 Mac 2010 di Agensi Anti Dadah Daerah Batu Pahat. Pada hari pertama, selepas melapor diri aku terus diberi tanggungjawab untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah Batu Pahat yang dijalankan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Batu Pahat. Selepas itu aku diperkenalkan dengan pegawai dan staf sokongan di pejabat pentadbiran AADK Batu Pahat sebelum di bawa ke Pusat Khitmat AADK di mana tempat aku menjalani Internship III.
Rabu, 20 Januari 2010
INSAN DAN ALAM
Aku hanyalah seorang insan yang mahu terus menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Alam semulajadi merupakan satu anugerah untuk manusia mentadbirnya selaku khalifah. Terlalu banyak ciptaan Tuhan untuk dihitung. Tidak termampu membilangnya satu persatu. Cuma yang aku tahu kebanyakan tempat yang ada air, adalah hidupan di dalamnya termasuklah ikan dan labi-labi. Pada hari Ahad 17 Januari 2010 yang lalu aku melepaskan kerinduan terhadap aktiviti memancing yang banyak memberi sumber inspirasi kepadaku selama ini.
Langgan:
Catatan (Atom)