Rabu, 21 April 2010

MAJLIS GRADUASI SPADA 2009/2010


Pada 29 Mac 2010, Isnin - Majlis Graduasi SPADA 2009/2010 telah diadakan di ALSON KLANA, Nilai. Majlis ini bertujuan meraikan tamatnya Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah bagi pelajar sesi 2009/2010. Sebelum itu, pada siang harinya para pelajar telah bertungkus lumus dalam Pembentangan Kajian Kes yang telah dilaksanakan semasa mereka menjalani Program Internship 3.


En. Abdul Halim Mohd Hussin memainkan guitar untuk mengiringi Prof Madya Dr Saedah Ghani membuat persembahan.

Aku turut menyumbang sebuah lagu

Ucapan alu-aluan selaku Tok Penghulu


Maznita sebagai pengacara pada majlis tersebut

Isnin, 12 April 2010

Study Tour To Beijing

Bergambar kenangan berlatarkan Stadium Sarang Burung, stadium yang dibina bersempena dengan Sukan Olimpik Beijing.


Pada 31 Mac 2010 hingga 5 April 2010 satu Lawatan Sambil Belajar telah dijalankan oleh Pelajar SPADA USIM ke Beijing, China. Lawatan meliputi Pusat Rawatan dan Pemulihan Dadah dan Universiti di Beijing. Ketua Rombongan ialah Dr Rashdan dan diiringi oleh Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani. Lawatan ini melibatkan 19 orang pelajar SPADA, 2 orang pensyarah pengiring dan 3 orang staf.



Bergambar kenangan bersama Warga Beijing, China


Antara Warga Beijing yang peramah


Dapat dilihat dengan jelas Stadium Sarang Burung di belakang sana


Bersama Loh Chow Woei (Anggota Polis) dan Dr Rashdan di Tembok Besar China