Jumaat, 30 Oktober 2009

MAKMAL KOMPUTER SPADA

Di makmal ini kami berbincang tentang research yang kami jalankan berkaitan sejauh mana penglibatan belia di Malaysia dalam penyalahgunaan dadah.


Banyak yang dapat aku pelajari daripada Farhana Husna ni....Umur baru 22 tahun tapi dah banyak terlibat dengan research.....Aku kagum dengannya....

Mana datangnya nama Ann tu......? Tapi memang dia ni jenis yang kerja keras.....pukul 9 malam masih duk kat pejabat.....Fuh!!!!! Tak sanggup.......

Abang Rodzi jangan menung-menung.....Buat tugasan tu elok-elok....Jangan ganggu Ann je.....



Ahad, 25 Oktober 2009

KERINDUAN SEORANG ANAK




Pada hari Rabu, 21 Oktober 2009 lebih kurang jam 8.30 malam aku menerima panggilan telefon dari anakku. Tiada ucapan yang keluar dari mulutnya hanya ada suara esakan menahan perasaan pilu. Akhirnya aku memahami bahawa anakku ini sedang merinduiku. Aku juga menahan rasa sebak lalu aku berjanji akan melawatnya pada hari Jumaat berikutnya. Sebagaimana janjiku, aku dapat menemui mereka pada hari Jumaat. Pada petang itu kami ke Pantai Cahaya Bulan PCB dan anak-anak mandi di pantai. Jelas terpamer wajah keriangan kerana di samping dapat melepaskan perasaan rindu, mereka dapat menjalani aktiviti riadah seperti ini.


Suasana petang di Pantai Cahaya Bulan

Muiz dan Haziq bergurau senda di celahan ombak

Izzah membina Istana Pasir

Muiz dan Haziq keletihan.....

Pada malam harinya, kami menikmati makan malam bersama-sama di Medan Selera Kota Bharu. Pada keesokan harinya iaitu hari Sabtu, kami isi masa dengan bermain bowling bersama-sama di KB Mall.


Makanlah wahai anakku...esok kita akan berpisah lagi....

Biarpun letih, demi anak-anak rela ditempuhi


Muiz dan Haziq berlatih bermain bowling


Baling...jangan tak baling

Bola lebih besar dari tuan.....


Izzah juga tidak ketinggalan mengasah bakat....hehe


Beginilah kami bila bersama

Khamis, 22 Oktober 2009

RINDUKAN SEKOLAH

Kawan-kawan di kantin sekolah berbincang tentang pengalaman mengajar di SMK Munshi Sulaiman yang sememangnya mencabar kekentalan emosi dan minda.

MAJLIS JAMUAN DEEPAVALI



DILA's BIRTHDAY

Kak Ida tolong suap ye....hehe
Erm...Sedapnya.....

Tuan Loh....Nak lagi ke?


Hati-hati potong kek tu...jangan sampai terpotong......


BUKAN SAJA-SAJA LEPAK

Lagaknya bagai melepak atau ronda-ronda di pasar raya. Hakikatnya kami sedang membuat pemerhatian tentang suasana di tempat awam. Bukan mudah mengenalpasti ciri-ciri personaliti insan yang berada dalam pemerhatian.








Rabu, 14 Oktober 2009

MAJLIS PERTUNANGAN

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Allah swt kerana majlis pertunangan ini berjaya dilangsungkan walau dalam suasana yang sederhana sahaja. Majlis ini dijayakan oleh emak, abah, Milah dan suami (Adik), Hawa (Adik), Sikin (Adik) dan pihak keluarga perempuan. Terima kasih buat semua yang terlibat. Semoga dengan iringan restu kalian, mahligai yang bakal dibina nanti berkekalan sehingga ke syurga...insya Allah.



Bakal Isteri

Hantaran pertunangan yang begitu ringkas namun penuh makna

Emak menyarungkan cincin pertunangan

Ahli keluarga bakal isteri

Ahli keluargaku

Suasana majlis pertunangan


BICARA TENTANG CINTA

Terlalu sulit mengatakan
“Aku juga cinta kamu”
Terlalu sulit mengatakan
“Aku juga sayang kamu”
Terlalu sulit mengatakan
“Aku juga peduli padamu”
Karena aku lebih suka mengatakan …..
“Kamu sangat berharga untukku”

Isnin, 12 Oktober 2009

CATATAN PENTING DALAM DIARI HIDUPKU

Pada sepanjang Ramadhan yang lalu aku membuat satu keputusan penting dalam hidupku setelah memikirkannya dari pelbagai sudut. Hasilnya adalah tindakan-tindakan berikut:

  1. Membuat keputusan untuk memilih seseorang sebagai calon isteri (Restu Ibu Bapa dan Keluarga)
  2. 10 Oktober 2009 dan 11 Oktober 2009: menghadiri kursus pra perkahwinan
  3. 11 Oktober 2009: Ibu Bapa dan adik-adik berarak ke rumah calon isteri untuk meminang
    Pernikahan ditetapkan pada 28 November 2009. Pada masa yang sama majlis kenduri di rumah keluarga perempuan.
  4. Majlis di rumah keluarga lelaki ditetapkan pada 27 Disember 2009.

Aku bersyukur kepada Allah kerana kebanyakan perkara diuruskan oleh keluargaku dan juga keluarga sebelah perempuan. Aku hanya akur dan memberi persetujuan kerana aku memang tidak mempunyai waktu untuk urus semuanya. Maklumlah, jadual kulian dan tugasan di SPADA (Special Program For Alchohol Ang Drug Abuse) sangat ketat, hinggakan kadangkala terpaksa stay back di kelas hingga malam untuk siapkan asigment.