Selasa, 30 Jun 2009

KERANA CINTA

Cinta ada banyak pengertiannya dan luas pentafsirannya. Segala cinta harus dikembalikan kepadaNya kerana kepada Dia akhirnya kita akan kembali. Biar derita di dunia kerana mencintai KeredhaanNya dari derita itu berpanjangan di negeri abadi nanti.

Bicara Bahagia Dan Derita
Tahun-tahun bahagia telah berlalu
Bagaikan terlalu lama
kita tinggal dalam istana kebahagiaan.
Lalu hari-hari kesedihan menjelma
Bagaikan terlalu lama
kita di dalamnya.
Lalu hari-hari itu usai
dan segala peristiwa suka dan duka
Hanyalah sebabak mimpi.
Syairnya Untuk Laila
Apakah engkau hendak menangisi Laila
padahal engkaulah yang membunuhnya
Kau bunuh dirinya dengan perlahan
dan penuh ketenangan, wahai pembunuh bengis!
Syair 'Adi bin Zaid
Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukkan masa
Apakah kamu orang yang selamat dan terlindung
atau apakah kamu punya perjanjian kuat
yang menjaminmu dari hari ke hari
sesungguhnya kau adalah orang yang bodoh dan tertipu
Syair Al Abyuwardi
Aku bersembunyi dari bencana zaman
dibalik naungan bayangannya
sehingga mataku dapat melihatnya
sedang dia tidak dapat melihatku.
Jika engkau tanyakan kepada masa tentang aku
nescaya ia tidak akan mengetahui
di mana aku berada dan di mana aku bersembunyi
Hidup Bukan Di Sini Sahaja
Kita berangkat diwaktu bilapun
demi Keperluan Kita
padahal keperluan hidup manusia itu
tiada habis-habisnya.
Ikut mati bersama seseorang keperluan hidupnya
sementara keperluan lain yang belum terpenuhi
masih tetap bersamanya.
Berputaran masa
dari pagi ke petang dan sebaliknya
membuat orang yang kecil menjadi dewasa
dan yang tua menjadi tutup usia.
Bila malam telah sampai ke penghujungnya
akan datanglah sesudahnya hari esok yang baru.
(Kupinjam catatan Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)

Isnin, 29 Jun 2009

Mohd Basiran bin Md Jamil
SMK Munshi Sulaiman,
Km 6, Jalan Kluang,
83000 Batu Pahat, Johor.


1.0 Tajuk

Konflik Diri

2.0 Pendahuluan

Kebanyakan orang ingin merasai kehidupan yang sempurna. Kalau boleh semua kehendak dipenuhi, semua impian tercapai dan tidak mahu berada dalam kesusahan. Dalam situasi ini, kecenderungan untuk menjadi seperti orang lain menyebabkan konflik diri timbul kerana setiap manusia memang tidak sama keupayaan dan pembawaan dirinya.

3.0 Latar Belakang Klien

Klien seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun berada dalam tingkatan 1F, iaitu kelas hujung. Beliau berketurunan Melayu merupakan anak bongsu daripada 8 beradik. Ayahnya sudah tua dan tidak bekerja sementara ibunya hanya surirumah yang menjual ais kerim di rumah kepada anak-anak jiran tetangga. Abang dan kakak beliau kebanyakannya telah berumah tangga dan tidak tinggal bersama ibu bapa. Hanya seorang kakak yang belum berkahwin tetapi bekerja di kedai farmasi di Perak. Punca kewangan keluarga amat terhad iaitu mengharapkan sumbangan daripada abang dan kakak yang masing-masing telah berkeluarga.

4.0 Pernyataan Masalah

Beliau menyatakan sepatutnya berada dalam kelas pertama kerana beliau merasakan dirinya boleh menguasai pelajaran yang diajar oleh guru. Kenyataan ini disuarakan berdasarkan rekod prestasi akademik semasa beliau berada di sekolah rendah yang konsisten dan lebih kurang sama dengan pelajar-pelajar kelas hadapan. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahinya semasa UPSR beliau merasakan bagai ada suara-suara yang mengganggunya menyebabkan tumpuannya terganggu. Akibatnya apabila keputusan UPSR diumumkan, beliau mendapat keputusan yang mengecewakan.

Selain itu, di rumah klien merasa sunyi kerana tiada rakan sebaya dan adik beradik yang sebaya. Beliau juga tidak bebas keluar rumah kerana ibu bapanya sangat mengongkong pergerakan beliau di rumah. Kerja-kerja rumah terpaksa dibuatnya kerana ibu bapa sudah tua. Segala keinginannya tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya kerana kekurangan wang. Kalau adapun barang peribadi yang dipenuhi oleh ibu bapanya, pemberian itu sering menjadi ungkitan. Keadaan ini meletakkan klien dalam keadaan serba salah dan rasa tidak disayangi.

Di sekolah, klien sangat sensitif terhadap gurauan rakan sebaya. Ada ketikanya beliau menyatakan seperti mahu bunuh sahaja kesemua rakan-rakan yang suka mengusik beliau.

5.0 Pendekatan Penyelesaian

Pada pertemuan pertama, tumpuan sesi ialah untuk mengumpul maklumat berkaitan latar belakang masalah yang dihadapi oleh klien. Klien meluahkan perasaan dan pengalamannya dengan bantuan kaunselor.

Sesi kedua memberi fokus kepada aktiviti mengenal pasti masalah. Masalah yang dapat dikenal pasti ialah situasi yang berlaku dalam keluarga dan kegagalan untuk cemerlang dalam UPSR serta kedudukan dalam kelas hujung telah menyebabkan perasaan kecewa dan gangguan emosi. Akibatnya klien tertekan dan sering hilang kawalan diri.

Sesi seterusnya ialah menentukan matlamat dan membincangkan tindakan penyelesaian menggunakan pendekatan teori REBT.

6.0 Penentuan Matlamat

Matlamat sesi ialah supaya klien dapat mengatasi perasaan kecewa. Klien lebih menerima dirinya dan gembira berada dalam kelas sekarang serta dalam situasi keluarga sekarang.

7.0 Langkah Tindakan Penyelesaian

Beberapa langkah penyelesaian telah dilakukan sebagai pelan tindakan.

7.1 Klien diminta menukar sistem kepercayaan dirinya yang telah menghasilkan perasaan kecewa dengan memikirkan bahawa walaupun beliau berada dalam kelas hujung, itu bukan penentu kepada prestasi akademiknya. Klien juga menukar persepsi bahawa masalah keluarga bukan punca kegagalan, sebaliknya sebagai dorongan bahawa klien perlu mengubah nasib keluarganya.

7.2 Klien dicadangkan supaya mengisi borang permohonan biasiswa samada Biasiswa YPJ atau BKP sebagai alternatif kepada masalah kewangan.

8.0 Contoh Teori Pendekatan Penyelesaian

Pendekatan menggunakan Teori REBT:

A - Peristiwa (Berada dalam kelas hujung)

B - Sistem Kepercayaan (Bodoh)

C - Emosi Terhasil (Kecewa)

D - Cabaran/Hujah (Prestasi akademik bukan bergantung kepada kedudukan
kelas tetapi kepada usaha diri sendiri)

E - Emosi Normal (Yakin diri)



9.0 Penilaian Strategi

Kes ini Berjaya diselesaikan menggunakan pendekatan Teori REBT. Klien telah menunjukkan sikap yang lebih meyakinkan ketika berada dalam kelas dengan perlakuan yang lebih ceria dan suka bertanyakan soalan jika tidak faham ketika guru mengajar. Di rumah, isu yang sama masih berterusan namun klien menganggapnya itu sebagai baktinya kepada ibu bapa yang telah melahir dan membesarkannya. Kerja di rumah bukan lagi dianggap sebagai beban tatapi telah dianggap sebagai tanggungjawab. Klien juga telah Berjaya mendapat anugerah biasiswa BKP. Kejayaan yang lebih bermakna apabila berjaya menempatkan diri dalam kelas pertama (2A) pada tahun berikutnya.

Faktor penentu kepada kejayaan kes ini ialah kerjasama yang diberikan oleh klien sepanjang sesi berjalan. Seterusnya pendekatan REBT sangat sesuai dengan kes ini di mana sistem kepercayaan negatif menjadi punca perasaan kecewa telah dapat diatasi hanya dengan menukar sistem kepercayaan itu kepada yang lebih positif.

10.0 Kesimpulan

Klien lebih berkeyakinan dan ceria di sekolah dan di rumah setelah berjaya membina sistem kepercayaan positif dalam dirinya. Apa juga masalah yang dihadapi selepas ini dapat dihadapinya dengan jiwa yang lebih tenang. Sifat sensitif terhadap gurau senda rakan sebaya juga telah berkurangan dank lien lebih gembira bersama rakan-rakan baru di kelas hadapan.
SEHARI DI PERAIRAN PENYABUNG, MERSING
Seawal pukul 3.15 pagi aku dan Nizam bertolak dari rumahku ke rumah Ramli. Setibanya kami di rumah Ramli, kami disambut dengan senyuman oleh Ramli yang telah bersedia dengan peralatan memancing di hadapan rumah. Kami bertiga meneruskan perjalanan menuju ke rumah Salleh. Lebih kurang jam 4.15 pagi kami tiba di rumah Salleh. Salleh masih belum jaga dari tidur memaksa kami berusaha mengejutkannya dan menunggu agak lama di sana. Akhirnya Salleh bangun juga dari tidurnya dan kami berempat meneruskan perjalanan ke Mersing menaiki Mitsubishi Storm milik Salleh. Kami tiba di Mersing kira-kira jam 6.10 pagi. Setibanya di sana, kami menunaikan Solat Subuh, sarapan dan membeli beberapa jenis umpan di pasar. Dari Bandar Mersing kami ke lokasi untuk aktiviti memancing iaitu Penyabung. Dalam jam 8.20 pagi kami mulai menaiki bot yang dikendalikan oleh Pak Ya.
Nizam sedang merakamkan saat-saat matahari sedang terbit di Muara Sungai Mersing

Apabila mentari muncul lagi dengan sinarannya, seluruh isi alam mulai sibuk dengan urusan mencari rezeki.


Biar terik mentari membakar wajah hingga merah dan memeritkan, akan kutahan jua demi mempertahankan ekspresi jiwa ini. Aku rela tidak berbumbung.....


Kawan-kawan semua asyik dengan aktiviti masing-masing menanti saat umpan direnggut oleh ikan.
Setelah seharian kami berada di Perairan Penyabung, kira-kira jam 6.30 petang kami kembali ke daratan dengan hasil beberapa jenis ikan. Walaupun tiada ikan besar yang dapat kami pancing, namun kami tetap bersyukur dan berpuas hati dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami. Apa yang lebih penting kami dapat melaksanakan aktiviti yang menjadi kegemaran kami disamping dapat terus merapatkan hubungan ukhuwah antara kami.
Antara jenis ikan yang kami perolehi ialah beberapa jenis ikan kerapu, ikan duri, ikan kunyit, ikan gerung, ikan selar dan lain-lain ikan perairan batu karang.





Jumaat, 26 Jun 2009

Allah berfirman maksudnya:

Wahai Tuhan Kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua; orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(al-Baqarah: 127 & 128)
Allah berfirman:
"Dan jika mahu menghitung nikmat Tuhan nescaya tidaklah dapat kamu menghitung (seluruhnya) Dan sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Penyayang."
- An-Nahl: 18 -
Allah s.w.t. berfirman
"Dan Tuhan mengeluarkan kamu dari perut-perut ibu kamu, sedangkan kamu tiada mengetahui apa pun, lalu dijadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati moga-moga kamu berterima kasih"
(Surah Al-Nahl:78)
Wakil KEBIRU
(Cg Musa)
Bendahari
(Cg Rasis)


Wakil Pentadbir
(Cg Mohamad)

Koordinator Pengangkutan
(Cg KK)


Koordinator Makanan
(Ustaz Rosli @ Gendut)
MESYUARAT MAJLIS ALTERNATIF
Tarikh:
25 Jun 2009
Tempat:
Anjung Batu, Melaka
Masa:
9.30 malam
Ahli:
Cg Mohamad b Ismail
Cg Yeo Kee Huat
Cg Musa b Kassim
Cg Kamisan b Salleh
Cg Mohd Hasrol b Baharum
Cg Khairul b Khalid
Cg Mohd Basiran b Md Jamil
Ustaz Rosli b Ishak
Cg Huzaimi b Hamdan
Cg Rasis Ammar
Cg Norhaziz b Mohd Manoor
Agenda:
Makan Ikan Bakar dll....
Majlis Persaraan Pengetua
Minum malam





Cara bersyukur:

1. Bersyukur di dalam hati
Mengakui dan menyedari di dalam hati bahawa nikmat yang dirasai itu adalah semata-mata rahmat dan kurnia Allah.
2. Bersyukur dengan lisan
Sentiasa ucapkan atau lafazkan alhamdulillah
3. Bersyukur dengan perbuatan
Menempatkan nikmat atau menyalurkan nikmat pada tempat-tempat yang diredhai Allah sahaja.
Renungkanlah......

"Dan jika mahu menghitung nikmat Tuhan nescaya tidaklah dapat kamu menghitung (seluruhnya) Dan sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Penyayang."
- An-Nahl: 18 -
Renungan......


SIFAT SABAR ADALAH PERMULAAN BAGI SEGALA MAQAM YANG BOLEH DITERIMA OLEH SETIAP ORANG YANG INGIN MENCAPAI KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN DUNIA DAN AKHIRAT. ORANG YANG TELAH MEMILIKI SIFAT SABAR AKAN MENINGKAT PULA KEPADA MAQAM YANG SETERUSNYA IAITU SIFAT REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH.
Renungan....


Ada empat perkara yang dapat mengangkat seseorang ke darjat yang tinggi, meskipun amal dan ibadahnya sedikit iaitu:

1. Sifat-sifat penyantun
2. Merendah diri
3. Pemurah
4. Budi pekerti yang baik


(ABBUL QASIM AL JUNAIDI)
Renungan




Manusia pasti mengalami tiga kerugian:
1. Tidak merasa kenyang dari barang yang dikumpulkannya
2. Tidak memperolehi apa yang diangan-angankan
3. Tidak mendapat bekalan yang baik dari perjalanan yang ditempuhinya.
Renungkanlah.......
Wahai sang perintih
Kau tak perlukan ubat apapun
Bagaimana kau boleh rasakan nikmatnya makan
Jika yang kau makan adalah penyakit
Apakah kau hanya melihat onak bertebaran
Seraya membuatkan diri
Melihat di atasnya bertaburan mahkota
Dan kau hanya melihat pada rupa yang buruk
Kau tidak melihat bahawa ada wujud yang indah
(Iliyya Abu Al-Madhi)

Rabu, 24 Jun 2009

CATATAN RINDU
Tanpa suara
Tanpa nada
Aku bicara
Aku lontarkan segala rasa
Lewat catatan cuma
Biar kalian tidak dengarkan rintihan
Biar mungkin tidak untuk dimengerti
Dalam bisu
Ada tangisan
Memilu dan sayu
Namun rindu tetap tinggal rindu
Hanya aku yang tahu.

Isnin, 22 Jun 2009

Pengembaraan
Aku berlayar
Dari Amazon ke Tasik Chini
Dan melangkah
Dari rembulan ke mentari
Hanyut dan hangus
Namun jenazah ini masih di sini
Surat Cinta 3
Bagai mana aku boleh memiliki perasaan cinta
Sedang aku tidak memiliki diri sendiri
Hati dan jiwa serta sekujur tubuh ini
Semuanya bukan milikku
Begitu juga denganmu
Bagaimana aku ingin memilikimu
Sedang engkau adalah milikNya
Datang dan kembali hanya untukNya
Siapa nanti yang bakal menjawab
Kerana aku sendiri tak pernah pasti
Setidaknya nanti
Kita bakal kembali sujud padaNya

Ahad, 21 Jun 2009

Surat Cinta 2


Kuutuskan warkah ini
Untuk mewakili perasaanku
Tentang cinta
Tentang makna
Tentang luka
Tentang segala
Bukan untuk meraih simpati
Melindung realiti
Hanya untuk kau mengeri
Dan melihat cintaku
Dari sisi ke sisi
Dari kekasih ke kekasih
Dari hati ke hati
Kerana aku menghayati cinta ini
Dari Pemilik Abadi
Bahawa cinta tak pernah mati

Sabtu, 20 Jun 2009

Doa Lapang Dada Dan Dimudahkan Segala Urusan



Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku dan lepaskanlah kelu lidahku supaya mereka memahami perkataanku. Dan jadikanlah bagiku seorang pembantu dari keluargaku sendiri
(Thaha: 25 - 29)
KEKASIH (WARKAH PERTAMA)
Aku datang
Mengintai rindumu
Dari celahan waktu
Bagaikan kandil yang patah
Membakar diri
Kian kerdil
Engkau kekasih
Menghembus nafas ragu
Memadam bara rinduku
Memaksa aku pasrah
Rebah dipersada takdir
Tafsir Bahasa Jiwa
Sebelumnya dan sesudahnya subuh
Ada tangisan
Terbit dari kamar hati
Mencari
Suara!!!!!
Irama!!!!!
Di kaki langit
Mentari muncul lagi
Dengan begitu ceria
Lalu embunan pagi mulai pudar
Kering dujurai dedaunan
Tinggal aku yang keseorangan
Mentafsir makna
Aku Dan Perasaan
Dalam sepi
Kulihat sejalur cahaya
Terbit dari rekahan hati luka
Menerobos ke ruang rasa
Lalu aku mengintai dari gelita maya
Namun tak terlihat apa-apa
Cuma jiwa semakin menggetar
Melakar rasa
Dalam sukar bicara

Anugerah Melalui Sungai

Ikan Patin Sungai Bekuk

Ikan Tilapia Merah


Ikan Lundu


PELANGI



Indahnya lakaran warna warni

Pada kanvas alam

Begitu mengasyikkan

Hingga seakan ingin kusentuhi dengan jematiku

Namun apakan daya

Tingginya tak terdaya kugapai

Hanya mampu kulukiskan

Dalam memori